Al-Quran merupakan sebuah naskhah yang bukan sahaja membicarakan tentang masalah Aqidah dan Syariah serta hukum-hukum tertentu, malahan di dalam Al-Quran terkandung segala ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan, kemanusiaan serta alam semesta.
Para ilmuan seperti saintis dan juga ahli perubatan merujuk Al-Quran sebagai sumber kepada kajian mereka.
Seorang pengguna Twitter, berkongsikan pengalamannya menyertai pameran Sains semasa di Tingkatan Lima. Dia mengaitkan unsur Sains tersebut seperti yang tertera di dalam ayat Al-Quran. Pada mulanya, eksperiman beliau diragui oleh seorang guru dan sanggup memberikan wang pertaruhan sebanyak RM100. Akhirnya, guru tersebut dikatakan mengaku kalah. Dikhabarkan juga guru yang berbangsa India itu telah memasuki Islam.
DULU masa aku sekolah tingkatan 5, sekolah aku anjur pameran sains. Semua kumpulan lain buat eksperimen yang kalau dengar, sains habis. Kumpulan aku tak tahu nak buat apa, esok nak pameran malam sebelum tu aku fly pergi pantai ambik air laut.
Air laut yang aku ambik tu, bukan ambik yang kat gigi air lepas tu tadah botol, aku ambik yang dalam kat paras lutut baru eksperimen ni menjadi.
Air laut tu, aku campur dengan air hujan tuang dalam balang kaca. Tak ada beza pun dari segi warna, cuma keruh la sikit sebab air laut bercampur dengan pasir sikit. Lepas tu, aku letak sebiji telur mentah dalam balang tu.
Telur, kalau kita letak dalam bekas berisi air biasa, telur tu mesti tenggelam. Tapi kalau letak dalam air laut (air laut yaaa bukan air masin taruk garam), telur tu akan timbul.
Jadi, apa jadi kalau telur tu diletakkan dalam satu balang yang mengandungi air campuran air laut dan air hujan? Telur tu tak tenggelam tak timbul, telur tu duduk kat tengah tengah antara air laut kat bawah, air hujan kat atas.
Eksperimen ni sebenarnya masa pameran, atas meja tu aku letak sekali dengan senaskhah Al-Quran, bukak muka surat 532, surah Ar Rahman ayat 19-20, Tuhan sebut air laut dengan air sungai ni tak bercantum.
Masa pameran tu, pengetua lalu singgah dekat booth kumpulan aku. Dia tengok eksperimen tu, dia terus telefon kawan dia orang India, cikgu Kimia sekolah lain. Cikgu India tu datang, garu-garu kepala.
Lama cikgu india tu duduk kat depan tu sambil tengok tengok telur dalam balang kaca tu. Dia bet, lagi 10 minit telur tu pasti tenggelam. Aku cakap, tak. Lepas 10 minit, cikgu tu mengaku kalah dan hulur not 100 suruh kongsi kami berlima.
Cikgu India tu tak puas hati, dia tak percaya kandungan air laut dengan sungai tak bercampur dan dia tak percaya dengan ayat Al-Quran tu hanya dengan melihat eksperimen yang begitu simple, guna telur air laut air hujan tapi boleh buat dia rugi RM 100 dengan budak sekolah.
Pengetua aku kat sebelah dia dah sengih-sengih sebab bangga ke tak tahulah tu, yang pastinya cikgu India tu bawak balik eksperimen kitorang tu. Katanya nak kaji balik kat makmal sekolah dia.
Perkara ni berlaku masa aku tingkatan 5. Tak berapa lama lepas tu, sehabis SPM, masa ambik result aku dengar khabar angin gitu gitu je, cikgu India tu dah masuk Islam. Tak tahulah betul ke tidak tapi pastinya, kitorang dapat RM 100 ringgit free modal 30 sen beli telur sebijik.
Kah kah kah. Wallahualam bissowaaabbbbbbb.
Eksperimen ni berlaku dengan kuasa Tuhan sebenarnya. Sebab dalam Quran sebut, "Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”
Kita yakin, tapi nak tengok bukti je sebenarnya.
Eksperimen ni korang trylah buat. Dulu masa pameran tu cikgu sains aku pun geleng kepala, tak tahu nak terang macam mana ikut pandangan sains, cuma mampu membenarkan apa yang disebut dalam Al- Quran tu.
Cikgu ni bukan tak tahu pasal ketumpatan air laut dengan air biasa, dia tak percaya dengan hubungkait antara sains dengan apa yang dinyatakan dalam Quran tu. Tu dia geleng geleng kepala.
Sumber: itehii
from The Reporter https://ift.tt/2v4epl3
via IFTTT
No comments:
Post a Comment