loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 26, 2018

    'Hati anak saya boleh berhenti berfungsi bila-bila masa' - Ibu rayu orang ramai bantu selamatkan bayinya


    Setiap ibu bapa inginkan anak-anaknya membesar dengan sihat dan segala perkembangan anak-anak terutamanya bayi yang masih kecil ingin dirakam setiap detik pergerakan mereka. 

    Ketika bayi lain sedang bermain-main bersama ibu bapanya atau adik beradiknya, lain pula nasib yang ditanggung oleh adik Muhammad bin Azmeer. Adik Muhammad yang kini berusia empat bulan akan menjalani pemindahan hati secepat dan berkemungkinan akan dibuat di Shanghai China. Kos rawatan yang diperlukan untuk menjalani pemindahan hati menelan belanja sebanyak RM160, 000.


    Melalui Facebook, ibu kepada Muhammad memohon bantuan dari rakyat Malaysia untuk menampung kos perbelanjaan rawatan tersebut. Dia juga meminta agar rakyat Malaysia mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

    BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM. Assalamualaikum sahabat sama ada yang mengenali atau tidak mengenali saya sekeluarga. Dalam gambar ni anak saya bernama Muhammad bin Azmeer dilahirkan pada 5 Mac 2018 di hospital Putrajaya. Sejak dilahirkan kuning Muhammad turun dan naik. 

    Pada awalnya doktor di Serdang, HKL dan PPUM mengesyaki anak saya menghidapi Biliary Artresia (BA) di mana saluran dari hati ke hempedu tersumbat atau tiada. Setelah Hida scan dan OTC dilakukan. Alhamdulillah saluran tersebut wujud dan berfungsi dengan baik. Tapi malangnya bacaan hati dan kuning anak saya masih tinggi. 



    Selepas pembedahan OTC mereka meneruskan mengambil sampel hati anak saya. Keputusan pembedahan tersebut mendapati ada sebahagian hati anak saya mula mengeras. 

    Sehingga sekarang doktor masih tidak menjumpai punca kepada masalah anak saya dan mereka mencadangkan untuk melakukan pemindahan hati secepat mungkin kerana hati anak saya boleh berhenti berfungsi pada bila-bila masa. 



    Proses permindahan hati (liver transplant) yang dicadangkan dibuat di Shanghai, China menelan belanja kos rawatan sebanyak RM160,000.00. Mohon jasa baik tuan/puan untuk mendoakan segala urusan kami dalam memohon dana dipermudahkan dan anak saya Muhammad kembali sihat seperti bayi dan kanak kanak normal yang lain.

    Kepada yang sudi membantu, saya sertakan no akaun:-

    Maybank 
    516015415631
    Syazana Binti Abd Razak 

    BSN 
    1010341000032973
    Syazana binti Abd Razak 

    CIMB
    7006492626
    Azmeer bin Zainuddin 

    Atau call
    0173483995 / 0125002001

    Mengikut perancangan, kami akan ke Renji Hospital, Shanghai, China atas pengurusan serta kerjasama dari NGO Nadi Permata Malaysia



    Kepada yang telah share post ibu saya Noorliza Abdull, yang telah mendoakan kesejahteraan Muhammad, dan juga yang telah menderma untuk anak saya, saya dan suami Axmeer Zainuddin mengucapkan ribuan terima kasih. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala yang telah kalian usahakan untuk kami.

    #prayforMuhammadbinAzmeer
    #fourmonthsold



    from The Reporter https://ift.tt/2LoRFGz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment