Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak empat tahun lalu kini bagaikan di hujung tanduk, itu yang dialami oleh seorang kontraktor apabila isterinya mula berubah sikap selepas mula terjebak dengan aplikasi Bigo Live, lapor Harian Metro.
Menurut Jefri, 51, isterinya yang berusia 26 tahun mula berubah sikap selepas menggunakan aplikasi itu sehingga sanggup menipu dirinya.
Melalui Bigo Live, isterinya mula berkenalan dengan lelaki lain dan sanggup menghabiskan masa sehingga lewat malam untuk menonton video-video lelaki berkenaan yang juga menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.
Jefri berkata, dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap aplikasi itu seperti Facebook dan Twitter. Malangnya, tanggapan Jefri itu tidak tepat.
"Mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu dan beranggapan isteri memuat turun aplikasi itu hanya untuk suka-suka sama seperti Instagram dan Facebook, namun sebaliknya yang berlaku.
"Selepas dia 'taksub' dengan Bigo Live dan mengikut beberapa 'group' di aplikasi itu, dunianya hanya bersama telefon pintar. Malah, perubahan ketara apabila isteri berkenalan dengan seorang lelaki," katanya.
Pernah beberapa kali Jefri cuba menasihati dan menegur isterinya untuk tidak menggunakan Bigo Live lagi, tetapi teguran yang diberi itu seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
"Pelbagai usaha sudah dilakukan dan lebih lapan bulan saya cuba menyelamatkan rumah tangga, namun menemui jalan buntu.
"Dia (isteri) sanggup berjaga sehingga lewat pagi hanya untuk memuaskan hati melihat segala aktiviti di Bigo Live dan mengetahui apa yang dilakukan lelaki dikenalinya itu.
"Bayangkan, saya tidur di sebelah, tetapi dia dalam diam bermain Bigo Live di dalam selimut," katanya.
"Sebelum ini saya hanya mendengar perkara itu berlaku kepada pasanga lain dan tidak menyangka hal berkenaan akhirnya terjadi kepada rumah tangga saya sendiri," katanya.
Katanya, dia tampil membuat pendedahan itu bukan hendak membuka aib atau memburuk isterinya, tetapi ingin memberi pengajaran serta iktibar kepada masyarakat, khususnya mereka yang sudah berumahtangga.
from The Reporter https://ift.tt/2mQHo7p
via IFTTT
No comments:
Post a Comment