loading...
  • Breaking News

    Sunday, July 29, 2018

    'Lepasni aku boleh buat 1,000 kali k*mak dari kau fikir' - Pelajar Senior


    "Selepas ni jangan harap korang dapat gelak kat aspura tu. Acah kepala, kerek depan perempuan bagai tapi typod gak sial," demikian tulis seorang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Kuala Kelawang yang tidak berpuas hati dengan pelajar tingkatan tiga. 

    Terdahulu, viral di media sosial gambar-gambar beberapa buah bilik asrama pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut diselerakkan dengan sengaja dipercayai dilakukan bagi tujuan membalas dendam. 

    Gambar yang dimuat naik Azman Nor itu mendedahkan, kejadian didalangi pelajar tingkatan lima yang membuli pelajar tingkatan tiga sehingga menyebabkan kecederaan. 

    Berdasarkan gambar, segala barangan, pakaian, kelengkapan mandi, tilam milik mangsa diselerakan, malah almari besi turut ditumbangkan. 



    Menurut Azman, enam pelajar yang terlibat dalam kejadian itu telah dibuang asrama menyebabkan rakan-rakan mereka (pelajar tingkatan empat) tidak berpuas hati lalu bertindak membalas dendam dengan menyelerakkan bilik mangsa. 

    Azman mendakwa, pihak sekolah tidak mengambil sebarang tindakan bagi membendung kejadian itu, malah dakwanya pihak sekolah cuba menyembunyikan kejadian itu dari pengetahuan umum. 


    Berdasarkan tweet pelajar senior terbabit, Muhd Noraiman (@muhdnoraimannn) berkata, "Ingat ye, form 4 belum keluar lagi. Setahun lagi korang nak duduk dengan kitorang. Kau buat sial, kitorang boleh buat 10 kali lagi sial tau. Salam ambik kedatangan subuh dan asar ye. 

    "Kalau kau rasa aku ni senior yang kimak, yes memang aku kimak. Lepasni aku boleh buat 1,000 kali kimak dari kau fikir," katanya. 

     



    "Alahai, kena minum air di lantai je bodo. Atleast boleh minum. Kau bayangkan (pelajar) form 5, masa aku form 2, disuruh tiup air sampai sejuk and then aku kena bantai sebab air tu tak sejuk. Baru semalam dia reply story aku, senior yang bantai aku tuh baik je," kata seorang lagi netizen yang dipercayai rakan kepada Noraiman. 

    Sementara itu di media sosial, netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelajar senior yang terlibat dalam kejadian itu bagi mengelakkan keselamatan mangsa terus diancam. 

    Semakan di Twitter mendapati, Noraiman telah menyahaktifkan akaun Twitternya.


    from The Reporter https://ift.tt/2AlFWDQ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment