Seorang bayi lelaki dilaporkan maut akibat terjerut tali bidai tingkap di keluarganya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, semalam, lapor Harian Metro.
Mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri, berusia 20 bulan disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin, pada jam 6.50 petang.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.
Mangsa yang sedang bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bilai.
Sebaik saja selesai mengerjakan solat, Noryasmin terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan terus memaklumkan kejadian yang menimpa bayinya itu kepada suaminya, Zul Azri Hashim, 39.
Setelah mendapat panggilan kecemasan itu, Zul Azri segera pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Jenazah mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
from The Reporter https://ift.tt/2uD5KG4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment