loading...
  • Breaking News

    Wednesday, July 25, 2018

    'Sekolah itu teruk, cikgu-cikgu itu pun teruk' - Keputusan peperiksaan 7G 1E, Instafamous salahkan sekolah, tapi dikecam netizen


    Arus modenisasi menyaksikan semua lapisan masyarakat menjadikan teknologi sebagai satu keperluan terpenting. Jika dahulu, teknologi merupakan satu alat perhubungan semata-mata, tetapi kini teknologi digunakan sebagai satu medium untuk menjana pendatapan. 

    Pelbagai aplikasi telah diwujudkan di dalam telefon bimbit seperti contoh Tik Tok, Smule, Keke Challenge dan sebagainya yang menjadi ikutan anak muda pada zaman sekarang. Pelbagai pandangan dan kritikan yang diutarakan mengenai kesan baik dan buruk aplikasi-aplikasi ini. Jika digunakan dengan sebaiknya, aplikasi ini akan menjadi ikutan yang baik kepada golongan muda yang lain.

    Tular ketika ini perkataan 7G1E di paparan media sosial. 7G1E bukan sebuah nama kumpulan atau nama syarikat, tetapi ini adalah sindiran netizen kepada keputusan peperiksaan pelajar yang juga Instafamous terkenal. 


    Instafamous berkenaan merupakan pasangan adik beradik kembar yang kian meniti di bibir netizen kerana kecantikan mereka. Difahamkan, mereka bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

    Difahamkan, keputusan peperiksaan mereka dikritik netizen, ditambah pula dengan mereka didakwa berbangga dengan pendapatan yang diperoleh meskipun keputusan peperiksaan mereka sedemikian. Malah, netizen mendakwa ibu mereka juga berbangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh anak mereka. 

    Jika dihitung pendapatan pasangan kembar ini, dengan anggaran 8 kali tontonan pada Instastory, jumlah pendapatan mereka sehari boleh mencapai sehingga RM400. 

    Setelah tular isu mengenai keputusan peperiksaan mereka, satu lagi klip video tular instafamous ini sekali lagi dikecam netizen. 

    Berdasarkan video tersebut, salah seorang pasangan kembar ini memperkecilkan dan memburukkan nama sekolah mereka dan disebabkan hal itu, mereka berhasrat mahu menggunakan perkhidmatan homeschooling.


    Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan pasangan instafamous ini dan menganggap mereka tidak memikirkan kepentingan pendidikan kerana ingin mengejar kemewahan dan menjadi popular di media sosial.



    Semakan di Instagram mendapati, kedua-duanya telah menutup ruangan komen bagi mengelakkan kecaman tanpa henti dari netizen. 

    Difahamkan, salah seorang pasangan kembar tersebut juga dipercayai telah menyertai satu pertandingan realiti.



    from The Reporter https://ift.tt/2LiT4OZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment