loading...
  • Breaking News

    Friday, July 20, 2018

    (Video) 'Saya akan bunuh kamu!' - Ibu dera bayi kembar kerana tuntut duit nafkah


    Viral di media sosial baru-baru ini video bayi kembar didera oleh ibu kandungnya, mencetuskan kemarahan dan kebimbangan netizen terhadap keselamatan mangsa, serta menggesa pihak berkuasa segera menyiasat video viral berkenaan. 

    Dalam video viral itu, bayi kembar terbabit ditampar berkali-kali sebelum dihempas ke lantai dan setiap saat kejadian itu dirakam oleh ibu mangsa. 


    Menurut laporan Gulf News, kejadian itu berlaku di Arab Saudi dan dua bayi kembar berkenaan telah diselamatkan oleh Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi selepas video penderaan itu viral di media sosial.   

    Dalam video yang lain, si ibu juga mencekik salah seorang mangsa dan berkata, "Hari ini saya akan bunuh kamu." 



    Difahamkan, video itu diviralkan oleh Mohanad Al Hashdi, warga Yaman yang mengenali keluarga bapa kepada bayi kembar terbabit. Jelas Al Hashdi, video itu dirakam wanita Somalia yang tinggal di Arab Saudi dan bayi kembar itu berusia enam bulan. 

    Wanita terbabit pernah berkahwin dengan lelaki Yaman dan menetap di Arab Saudi. Bagaimanapun pasangan itu telah bercerai dan bekas suaminya dipercayai tidak membayar nafkah. Tidak berpuas hati dengan perkara itu, wanita terbabit merakam video penderaan itu lalu dihantar kepada bekas bapa mentuanya di Yaman agar dapat menyuruh anaknya memberikan duit nafkah. 



    Bimbang dengan keselamatan mangsa, Al Hashdi kemudian memuat naik video itu dan merayu bantuan dari penduduk Arab Saudi untuk menyelamatkan bayi kembar berkenaan kerana datuk mereka di Yaman tidak dapat pergi ke Arab Saudi. 

    Selepas beberapa jam video itu viral, bayi kembar itu sudah ditemui di Jeddah dan diselamatkan daripada ibu mereka. Mangsa dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bapa. 


    Difahamkan, bayi kembar itu tidak akan dikembalikan kepada ibu mereka dan pihak berkuasa sedang meneliti jika ahli keluarga bapa dapat membela bayi kembar berkenaan.

    Sumber: Harian Metro, Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/2L89Lwy
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment