loading...
  • Breaking News

    Sunday, July 22, 2018

    'Kedai tu dah bertahun tak buka, kau biar betul?!'


    Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca. 

    AKU ada pengalaman seram yang nak kongsi dengan korang. Mungkin bagi orang lain pengalaman aku ini tidak begitu menyeramkan, tetapi bagi aku ia agak misteri. 

    Kejadian berlaku pada tahun 2009 dah lama dan ceritanya begini: 

    Aku dengan adik aku nak pergi makan dan ternampak sebuah restoran ini (Adek Manja sebelum ditukar kepada Marina Seafood pada 2015 dan kini tidak diketahui sama ada masih wujud atau tidak) yang kelihatan suram, hanya ada beberapa orang sahaja pelanggannya. Masa itu, diorang nampak pelik semacam dan adik aku juga mengiakan perkara itu. 

    Lokasi: Jalan Kuantan Gambang, sebelum Taman Sriku

    Kami pun singgah dan pelayan datang mengambil pesanan. Kitorang pesan air dan makanan bagai. Kebetulan di restoran itu ada karaoke, kena pula adik aku memang kaki karok, jadi dia pun layanlah 4 ke 5 buah lagu. 

    Sambil-sambil itu aku pun menjamah makanan yang dipesan. Dalam masa yang sama ada tiga atau empat orang pelanggan yang merakam video adik aku menyanyi. Nak kata adik aku menyanyi sedap, suara ala kadar saja. Muka cun, tak pun. Aku pun anggaplah diorang itu jakun, tak pernah tengok orang. 

    Selepas adik aku habis bernyanyi, dia pun makan. Dah siap makan apa semua, kami pun balik. 

    Malam itu, selepas balik dari restoran itu, aku pun bersembanglah dengan adik aku tentang keanehan pelanggan-pelanggan di restoran itu tadi. Selain daripada makanan yang tidak sedap, air tawar, servis lambat, sekali adik aku berkata: 

    "Akak, ko tak terfikir ke entah-entah pelanggan itu semuanya tak wujud? Kedai itu pun macam 'sesuatu' je," katanya. 

    Jadi, selepas beberapa bulan kemudian, aku cerita pengalaman aku itu kepada kawan aku, yang kami beradik makan di restoran tersebut. Dengan pantas kawan aku kata, 

    "Kedai itu mana pernah buka?! Dah bertahun-tahun dah! Kau biar betul?!" 

    Aku bagai tak percaya apa yang dia cakap pada aku. Kami pun macam bertekak seketika. Akhirnya dia suruh aku cari di internet tentang restoran itu. Selepas itu aku bertambah terkejut apabila membaca kisah restoran itu! 

    Jadi, pada malam kejadian itu, apa yang aku dengan adik aku makan dan minum? Siap karaoke lagi?? Semua ini tinggal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. 

    Rupa-rupanya restoran itu memang angker. Aku saja yang tak tahu sebab aku tak duduk di situ, sedangkan ramai saudara mara yang tinggal berhampiran. 

    Aku memang kaki makan, tak kira kedai itu nampak macam mana pun aku mesti nak pergi cuba. Sekali tercuba pula kedai yang seram. Alhamdulillah tak ada apa-apa. 

    Kedai itu pun dah ada pemilik baru dan dibuka untuk beroperasi. Aku masih pergi lagi makan di kedai ini selepas kejadian enam tahun yang lalu itu. Terbayang-bayang juga masa aku makan entam tahun yang lalu. 

    Selepas beberapa bulan itu, aku pergi tengok, memang sah ditutup. Kawan aku cerita dan bawa aku pergi. Aku tak tahu nak kata apa masa itu, keluh lidah. Orangorang di situ kata, aku bukan mangsa yang pertama terkena gangguan itu. Sudah ramai yang menjadi mangsa termasuklah orang-orang luar. 

    Di depan restoran ini juga ada sebuah rumah banglo lama yang pernah berlaku kes bunuh. Usia banglo ini juga sudah lama. Kerap berlaku kemalangan di depannya. Seram kan? 

    Menurut penduduk taman di belakang kedai ini, kedai ini sememangnya sudah lama terbiar. Budak-budak dari Lepar, Chini, diorang kata kalau diorang lalu pada waktu malam nak masuk lepak di Kuantan, mesti nampak kedai ini terang. Esok siang nak pergi kerja, kedai ini nampak usang dengan daun-daun bersepah dan bersawang. 

    Aku selalu balik Kuantan ni pergi rumah. Mak aku tak pernah pula nak tanya pasal kedai ini sampailah aku tergerak hati nak merasa masakan di kedai ini pada malam kejadian. 

    Selepas itu aku rajinlah bertanya dengan kawan-kawan tentang kedai ini. Menurut orang-orang tua yang mengenali pemilik asalnya berkata, kedai dia mula-mula dulu laris, selepas itu orang dengki dan bermulalah kisah syirik orang letak barang, tabur dan tanam barang bagai. 

    Sumber: Felycya


    from The Reporter https://ift.tt/2LcoeYu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment