Adakah anda mengambil berat tentang penjagaan dan kesihatan gigi anda? Gigi merupakan aset berharga yang perlu kita jaga. Tanpa gigi, kita tidak dapat merasa nikmatnya makan, menggigit dan mengunyah makanan.
Namun ramai di antara kita yang memandang ringan tentang kesihatan gigi. Apabila gigi sudah rosak, barulah kita mengeluh panjang. Di bawah, perkongsian dari @aneemjane mengenai beberapa pesakitnya yang tidak menjaga kebersihan gigi.
KENAPA penjagaan gigi itu penting? Tengok ini. Pesakit berumur 55 tahun. Calculus/tartar aktif. Pesakit ke klinik gigi cuma mahu check dan beritahu doktor gigi bahawa ada batu besar. Bila buka mulut saja, Allahu, itu belum bau lagi. Jadi doktor cadangkan scaling.
Hari ini doktor ambil masa satu jam untuk clear cuci bahagian bawah enam batang gigi sahaja. Punya teruk calculus dah jatuh pun masih ada yang keras-keras tak nak turun.
Inilah hasil penjagaan gigi yang malas. Selepas makan, tak kumur dengan betul. Sebelum tidur atau bangun tidur, malas gosok gigi. Gosok cara yang salah dan pada bahagian luaran sahaja.
Penyebab calculus juga adalah hasil dari air liur yang ada sesuatu.. panggil apa eh? Lupa! Tetapi sepanjang aku buat kerja ini, yang paling rare calculus keras nak mampos! Sodok dengan scaler tip pun tak jalan. Gila keras.
Pesakit perempuan, cantik walaupun pertengahan umur. Tetapi gigi, GAGAL! Punca mulut berbau longkang. Macam mana eh dia 'ehem-ehem'? Eeeuuu! Hahaha!
Makan semua tak rasa ke tartar itu besar dalam mulut. Pergi klinik cabut gigi, doktor tak suggest cuci ke? Tetapi jangan silap! Ada di antara kita yang takut pergi ke klinik gigi. Contoh kita-kita tu gangster, bunuh orang, rompak kedai emas, Ah Long dan lain-lain tak ada hal.
Tetapi bila bab sakit gigi kena pergi ke klinik gigi untuk cabut gigi, dia punya meraung sampai keluar air mata. Rasa nak penampor.
Kebanyakan pesakit aku, perempuan semua lawa-lawa. Sekali datang nak buat treatment gigi, boleh pengsan. Macam mana eh boleh relaks gigi macam tu? Kawan-kawan tak beritahu ke mulut busuk? Teruk betul kawan diorang ini.
Kenapa penjagaan gigi tu penting? Tengok ni.— Jane ✨ (@aneemjane) July 16, 2018
Pesakit berumur 55 tahun. Calculus/tartar aktif. Pesakit ke klinik gigi cuma mahu check dan beritahu doktor gigi ada batu besar. Bila buka mulut je. Allahu, itu belum bau lagi. Jadi doc cadangkan scaling. pic.twitter.com/PHcAph2n2v
So hari ini caj cuma RM70 cuci bahagian basah sahaja. Minggu depan datang balik untuk cuci bahagian atas pula. Sebab cuci satu bahagian, tak nak bagi pesakit trauma. Tak adalah sakit, cuma sikit-sikit rasa ngilu manja, biasalah tu.
Sumber: @aneemjane
from The Reporter https://ift.tt/2uHzGA6
via IFTTT
No comments:
Post a Comment