Terdahulu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim mempertikaikan kehadiran dan pengelibatan Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 24, ke sebuah majlis perlancaran produk kecantikan di sebuah hotel di ibu kota dengan berpakaian seperti wanita.
Jelas Safiey, dia berpakaian seperti wanita hanya mengikut kehendak fesyen dan menegaskan dia berpakaian sopan pada malam itu.
"Saya bakal bekerjasama dengan beberapa pereka (fesyen) tanah air, sekali gus menyumbang kepada (bayaran) zakat dan cukai serta membantu ekonomi negara," katanya memetik laporan dari Harian Metro malam tadi.
“Bagi saya, setiap manusia ada proses kehidupan sendiri. Ini dugaan saya dan akan terus berdoa semoga hidayah itu dipermudahkan. Tidak sesekali saya menyuruh mereka menjadi seperti saya.
"Kita lihat daripada aspek yang lebih mendalam iaitu kejayaan saya di usia muda dengan menyelami aspek positif. Contohi mana yang baik dan yang buruk itu dijadikan sebagai pedoman," katanya.
PU Amin dalam statusnya di Facebook berkata, golongan terbabit terus mencabar kesucian agama Islam sehingga dia tidak mampu berkata-kata dan mengharapkan Allah memberi petunjuk kepada semua.
"Mereka terus mencabar dan mencabar kesucian agama ini. Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
"Hanya doa dan harapan agar Allah SWT memberi petunjuk yang segera kepada kita semua. Azab Allah tidak selektif, andai azab diturunkan, kita semua bakal menjadi mangsa bala malapetaka ini.
“Inilah generasi anak keturunan yang kita hasilkan. Cegah sebelum parah, dakwah sebelum rebah, pada Allah saya berserah," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2v3yk2K
via IFTTT
No comments:
Post a Comment