loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 17, 2018

    Bayar RM10 untuk nikmati aiskrim McFlurry Durian D24 tanpa had!


    McDonald's Malaysia hari ini menganjurkan acara istimewa khusus untuk penggemar buah durian menikmat Durian McFlurry D24 tanpa had. 

    Pelanggan boleh menikmati aiskrim tersebut tanpa had selama dua jam dengan hanya membayar RM10 bagi pelanggan dewasa dan kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun. Manakala bagi kanak-kanak di bawah usia tersebut adalah percuma. 

    Bagaimanapun, sesi itu dibahagikan kepada dua iaitu pada jam 3 hingga 4 petang dan 5 hingga 6 petang hari ini di seluruh cawangan McDonald's Malaysia. 

    Untuk menyertai acara itu, pelanggan perlu mendaftar untuk sesi pertama yang dibuat pada jam 2.30 petang, manakala pendaftaran bagi sesi kedua pula bermula pada jam 4.30 petang. 

    20 pelanggan pertama yang bertuah berdasarkan siapa cepat dia dapat akan dibenarkan dan ditempatkan di satu sudut khas restoran bagi membolehkan mereka menikmati McFlurry Durian D24 tanpa had selama satu jam bagi setiap sesi. 

    Tawaran itu hanya boleh digunakan untuk pelanggan yang makan di restoran sahaja dan pelanggan yang berminat digalakkan datang lebih awal. 



    from The Reporter https://ift.tt/2zRq2AW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment