loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 19, 2018

    (Video) 'Dengan tak pakai baju, garu-garu..'


    Viral di media sosial video seorang kakitangan sebuah restoran 24 jam tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan bahan makanan, lapor World of Buzz.

    Shazwan Shafiq, yang memuat naik klip video itu pada 9 Julai lalu mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Bandar Puteri Klang. 

    "Minta tolong sebarkan. Kejadian berlaku di NZ Corner di Bandar Puteri Klang. Berjaga-jaga makan di kedai bangla ini. Minta pihak berwajib pantau hal ini. Info dari group WhatsApp," tulisnya. 

    "Korang makan roti canai yang sedap tu haa, dia dengan bogelnya, dengan tak pakai bajunya, garu-garu.. Dekat NZ Corner," kata individu yang merakam video tersebut dari dalam kereta. 

    Selepas video itu viral, Sinchew melaporkan, anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah melakukan pemeriksaan dan mendakwa restoran tersebut telah melakukan kesalahan dan tindakan akan dikenakan terhadap pengusaha restoran terbabit. 


    Sementara itu di media sosial, netizen kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pengusaha restoran yang tidak memantau kakitangannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna. 

    "Damn digusting! Patutlah sedap dan ramai yang makan di mamak. Tak payah pakai pelaris. Pakai bulu dan peluh dah boleh," sindir netizen. 


    from The Reporter https://ift.tt/2Lxabsm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment