loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 24, 2018

    'Seorang posmen kena handle lebih 100 item sehari'


    Isu rungutan terhadap Pos Malaysia bukanlah isu baru. Sebelum ini pelbagai aduan dan rungutan mengenai perkhidmatan Pos Malaysia telah diajukan oleh netizen, tetapi isu ini dikatakan masih tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkenaan.

    Apabila berdepan dengan situasi sebegini lebih-lebih lagi di dalam sektor perkhidmatan, ayat seperti ‘customer is always right’ perlu dititikberatkan.

    Walaubagaimanapun, isu rungutan ini dijawab oleh seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan kakitangan Pos Malaysia yang berharap agar netizen bersabar dengan perkhidmatan kakitangan Pos Malaysia kerana mereka juga memikul tanggungjawab berat demi memenuhi permintaan pelanggan.

    Berdasarkan maklum balas dari netizen, mereka mengharapkan mutu perkhidmatan Pos Malaysia diperbaiki, selain turut mengesyorkan agar gaji kakitangan Pos Malaysia dinaikkan setimpal dengan kerja yang dilakukan.


    SETELAH aku baca setiap komen-komen korang, mari aku jelaskan situasi satu persatu, yang mana boleh hadam, sila hadam, yang mana nak kecam aku silakan. Aku bukan nak backup mana-mana even part customer atau Pos Malaysia.

    Aku bekerja di Pos Malaysia, so aku baca setiap laporan yang customer hantar, baik aduan, pertanyaan atau penghargaan. Ada sesetengah staff yang okay, cekap dan ada yang kurang cekap.

    Faktor gaji sangat memainkan peranan. Jika nak diharapkan pada gaji RM1,500 sebulan dengan keadaan sekarang ini, memang susah. Terpaksa buat Over Time, sampai keadaan tak dapat handle, ada staff yang dah pergi ke courier lain, diorang offer gaji lebih tinggi. Jadi, buat apa nak stay kan?

    Faktor seterusnya adalah lambakan item, sebab terlalu banyak peniaga online. Sangat-sangat banyak tak termasuk Lazada, Shopee, Carousel, web-web yang jual barang-barang online, barang-barangan jualan dari China, apatah lagi jika ada promosi jualan seperti tahun lepas.

    Kebanyakan peniaga menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana Pos Malaysia paling murah berbanding courier lain. Bila dah murah, ramai yang guna dan bila ramai yang guna barang semakin banyak menyebabkan sesebuah Pejabat Pos Laju yang boleh menampung item sebanyak 500 barang pada satu hari bertambah kepada 2,000 item seperti yang berlaku di Pejabat Pos Laju Dato Onn. 


    Seorang posmen kena handle 100 item sehari dan risiko sangat besar kepada penunggang motor. Ada mulut yang nak disuap kat rumah, mak ayah yang perlu ditanggung, bayar itu dan ini. Kos meningkat, so kenapa tak nak guna courier lain wahai peniaga online?

    Kamu semua kena baca terma dah syarat sebelum hantar, jangan pakai hantar saja, barang makanan, mudah pecah, mudah rosak, barang-barang berharga tak boleh dihantar. Kalau dalam Islam hukumnya haram sebab Pos Malaysia tak tanggung. Korang boleh percayakan semua peniaga ini jujur? 

    Aku ada tengok video yang peniaga cuma hantar surat kosong dalam peti Ezidrop, guna nombor item yang sama dan jual item yang sama pada customer yang berbeza. Bila customer buat report barang memang tak ada. Hakikatnya ada peniaga yang tak jujur. Serius aku cakap dan tak semua peniaga begitu.

    Kamu semua tampal sticker fragile untuk apa? Dah tahu barang mudah pecah, hantar gelas, pasu, barang plastik, barang-barang yang kandungan cecair, bergas. Baca terma syarat belakang slip tu. Nak balut lagi, bubble wrap, aduh. Bila korang tetap nak hantar juga, jadi isu barang pecah, korang salahkan staff, tapi hakikat korang tak baca terma dan syarat.

    Barang dari Lazada/Shopee mostly dari China. Dari sana pun ada delay lagi korang kena check item korang itu siapa seller dia, dari Malaysia ke China? Kalau dari China, kalau tak ada dalam rekod Pos Malaysia, korang kena buat report dulu dengan Lazada atau Shopee, bukan dengan Pos Malaysia dulu. Bila tak ada rekod dalam Pos Malaysia, mulalah korang salahkan Pos Malaysia. Padahal item itu masih sangkut lagi di China. Aku selalu dapat kes macam ni. Bila check, “item sorting from delivery facility at China.”. China beb, bukan Malaysia. Check betul-betul.

    Ada kes orang hantar dari KL ke PJ, KL ke PJ sahaja, tetapi kenapalah boleh pusing satu Malaysia kan. Ini aku  boleh cakap kelemahan sistem, salah karung, item termasuk dalam karung destinasi lain. Dari KL singgah Shah Alam, singgah Melaka, terbang ke Kota Kinabalu, dah sampai PJ boleh patah balik ke KL balik. Pusing-pusing dah makan 10 hari, barang nak pakai esok. Aku tahu sistem menjadi isu.


    Bila ada viral, staff pos baling-baling barang macam bola keranjang, isu item diterima oleh customer itu bila aku maksudkan staff yang kurang. Tindakan tetap diambil, itu bahagian internal. Aku pun terkesan juga bila staff buat macam tu, main campak-campak. Bila staff marah, teremosi, geram maybe dengan bos ke, ada masalah family ke kan. Ini yang jadi (mungkin).


    Nak ambil staff? Ingat senang ke nak ambik staff baru. Siapa yang kerja HR, jelaskan sikit proses macam mana, nak pergi hantar training lain, nak tahu hantar lokasi lagi, nak tahu function itu ini, nak check itu ini. Aku tak pandai sangat hal HR ini, cakap sangat senang, yang berhenti 10, yang masuk 5 orang, short 5 staff. Memang Pos Malaysia ada proses nak ambik staff. Sabar, yang mana tak ada kerja sekarang, cuba mohon, mana tahu rezeki.

    Terima kasih sebab korang masih nak gunakan servis Pos Malaysia. Sangat hargai. Mahu atau tidak, itu lumrah. Yang bekerja, yang hantar barang itu manusia. Manusia ni ada had limit. Aku pun customer juga. Aku marah bila barang aku lambat sampai sebulan, pecah, dan lain-lain tapi barang tetap sampai.


    Kita semua, staff atau customer mahukan perubahan yang baik. Ayat Dato’ Samy Vellu “besok kirim, hari ini sampai.” InshaAllah Pos Malaysia akan cuba perbaiki kelemahan yang ada. Feedback korang tu point-point yang perlu Pos Malaysia perbaiki. 

    Yang nak kecam aku tu, tak apa. Mesti ada yang tak senang dengan penulisan aku ni. Tak apa, aku tak marah. Yang mana aku boleh jawab, aku cuba jawab. Aku tuliskan tak semua korang nak baca kan. Yang mana faham point-point aku, terima kasih. Nak berilmiah, silakan.



    from The Reporter https://ift.tt/2A4TTG2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment