loading...
  • Breaking News

    Thursday, August 9, 2018

    Samun dan rogol pekerja pakaian, penganggur dipenjara 20 tahun, 35 sebatan


    Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 35 sebatan ke atas seorang penganggur atas jenayah merogol, meliwat, mencabul dan menyamun pekerja kedai pakaian, lapor Harian Metro

    Tertuduh, Mohamad Nurhadi Othman, 25, dijatuhkan hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha dan Rofiah Mohamad. 

    Terdahulu, tertuduh yang berasal dari Jalan Hiliran Parit Gali, Kuala Terengganu dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. 

    Mengikut pertuduhan, tertuduh merompak sebuah kedai pakaian dan seorang pekerjanya di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu antara 9.56 hingga 11.10 malam pada 1 Ogos lalu, sambil bersenjatakan pisau sebelum melarikan wang tunai bernilai RM2,600 milik premis itu dan dua utas rantai tangan dan cincin milik mangsa.

    Bagaimanapun, Rofiah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bagi kedua-dua pertuduhan.

    Di Mahkamah Sesyen berasingan, tertuduh berhadapan dengan empat pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii.

    Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di mahkamah sama kerana merogol pekerja kedai pakaian terbabit.

    Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pekerja wanita berusia 23 tahun berkenaan antara 10.10 hingga 10.55 malam di lokasi dan tarikh sama.

    Bagi kesalahan merogol, Azman menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan lapan sebatan manakala bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A KK pula, tertuduh dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan.

    Bagaimanapun, Azman memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak iaitu penjara 20 tahun dengan 23 sebatan bagi keempat-empat pertuduhan yang dibacakan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi dan Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

    Terdahulu, Syazwani dalam hujahnya memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakannya bukan hanya merosakkan masa depan mangsa, malah turut menyebabkan wanita itu mengalami trauma teruk.

    Katanya, hukuman keras perlu diberikan bukan saja bagi membela nasib mangsa, malah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya kejadian sama tidak berulang.

    BERITA BERKAITAN:


    from The Reporter https://ift.tt/2vt7mCW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment