Seorang wanita cedera teruk dibelasah suaminya yang berang selepas mangsa tersilap cakap dalam kejadian di kediaman mereka di Aman Puri, Kepong, jam 12.15 pagi, 30 September lalu.
Ketika ditemubual oleh wartawan China Press, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong berkata, dia sebelum itu makan malam bersama dengan suaminya di luar apabila dia secara tidak sengaja berkata tentang sesuatu yang tidak sepatutnya.
Suspek berusia 41 tahun itu berang dan memaksa isterinya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pulang ke umah sebelum dibelasah teruk.
Tambahnya, suaminya yang berada dalam keadaan dipengaruhi alkohol pada waktu itu mencekik dan menamparnya.
Akibatnya, tulang hidung mangsa patah dan lengannya mengalami kesan lebam teruk serta hampir keseluruhan badannya cedera. Malah kesan darah juga dapat dilihat di lantai kediaman mereka.
Selepas kejadian itu, mangsa cuba keluar dari rumah tetapi dihalang suaminya. Keadaan itu memaksa Wong menghubungi polis untuk meminta bantuan.
"Badan saya lemah dan kesakitan, jadi saya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kemudian pergi ke balai polis sendiri.
"Selepas insiden itu, saya bertanya kepada suami apa sebab dia berbuat demikian dan apa yang saya salah cakap. Dia tidak menjawa dan meminta saya fikirkan sendiri," katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun tanpa cahaya mata. Juga ini adalah pertama kali suspek memukulnya.
Memandangkan lelaki itu tidak memohon maaf di atas perbuatannya, Wong mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.
Sumber: World of Buzz, China Press
from The Reporter https://ift.tt/2yepVLo
via IFTTT
No comments:
Post a Comment