loading...
  • Breaking News

    Thursday, October 4, 2018

    Terlupa ajak keluar beli belah, suami belasah isteri


    Seorang wanita cedera dibelasah suaminya hanya kerana mangsa terlupa mengajak lelaki itu keluar membeli belah, dalam kejadian di rumah pasangan itu di Bekenu, Miri, lapor Harian Metro.

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam, Khamis lalu, mangsa berusia 30 tahun mengalami lebam di pipi dan sakit di bahagian belakang badan kerana ditampar dan ditumbuk suspek yang juga sebaya dengan isterinya itu. 

    Menurut sumber NSTP, kejadian berpunca suspek berang isterinya keluar ke bandar raya Miri untuk membeli barangan keperluan tanpa mengajaknya. 

    "Setibanya mangsa ke rumah, suspek tiba-tiba mengamuk lalu membelasah mangsa. Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bekenu pada keesokan harinya," katanya. 

    Susulan dari laporan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya pada jam 5 petang, Isnin, dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disiasat. 


    from The Reporter https://ift.tt/2IC4U1X
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment