Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, hari ini berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
Katanya, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain.
"Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak.
"Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak," katanya.
Menurut Hidayah, pihak keluarga mertuanya tidak hadir ke mahkamah hari ini. Namun perkara itu tidak mengganggu proses mahkamah kerana bahagian sudah dibahagikan. Segala barangan peninggalan arwah suaminya akan difaraidkan.
Hidayah juga enggan mendedahkan berapa banyak wang peninggalan arwah Abam dan kini hanya menunggu urusan faraid diselesaikan dan mungkin selepas itu nak mendapatkan semula kereta juga boleh diuruskan.
Ditanya mengenai wang RM10,00 yang dikeluarkan dari akaun arwah suami, Hidayah mengakui perkara itu tetapi menegaskan wang itu terus dimasukkan ke akaun anaknya tanpa digunakan walaupun satu sen sekalipun.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3m3bQJ7
via IFTTT
No comments:
Post a Comment