Kebanyakan kita melalui zaman kanak-kanak yang gembira dan bahagia. Ini bermaksud, majoriti kita tidak perlu menggalas tanggungjawab tambahan selain kerja sekolah dan bermain. Sebab itu kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan nikmati.
Seorang pengguna Instagram Indonesia yang dikenali sebagai Rahmadi, memuat naik video kanak-kanak kecil ini yang memakai maskot sedang berehat di tepi kaki lima. Rupa-rupanya dia berpakaian sedemikian untuk membantu ibunya mencari wang.
SETIAP hari, Rehan perlu bangun awal pagi agar persembahannya dapat ditonton oleh para pengguna jalan raya dan warga di sekitar Jalan Gatot Subroto.
Bagi sesetengah orang, persembahan yang dilakukan oleh Rehan ini sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati mereka di kala menempuh kesesakkan jalan raya. Namun ada beberapa perkara penting yang mereka terlepas pandang.
Pertunjukkan yang mereka anggap menarik dan menghiburkan itu sebenarnya dilakukan oleh individu yang masih bawah umur.
Menurut Rehan, dia mengambil keputusan untuk menjadi 'Badut Jalanan' itu kerana keluarganya menghadapi masalah kewangan dan dengan usahanya itu, maka dapatlah dia memenuhi keperluannya setiap hari.
Ibunya juga bekerja tetapi pendapatan ibunya hanya mampu membayar keperluan utama. Jika ada rezeki lebih, wang tersebut akan diasingkan untuk perbelanjaan sekolah.
"Pendapatannya lumayan, dapat beli nasi bungkus untuk dibawa pulang ke rumah," katanya.
Bagi menarik perhatian orang ramai, sesekali Rehan akan mempersembahkan aksi berjogetnya yang comel itu.
Sementara itu, urusan kostum dan kepala patung yang dipakai, Rehan mengaku dia selalu menggantikan kostumnya setiap hari. Pihak yang menyediakan kostum juga memberi beberapa pilihan kepadanya seperti watak-watak karun Dora the Explorer, Upin dan Ipin, Boboiboy hinggalah ke Spongebob Squarepants.
"Kepala dan bajunya saya sewa. Saya tidak tahu berapa kos sewaannya kerana ibu yang membayarnya," kata Rehan sambil mengesat peluh yang menitis di kelopak matanya.
Setiap hari, Rehan keluar awal dari rumah. Bahkan sebelum matahari bersinar lagi. Selain melakukan persembahan pada pengguna jalan raya yang tersekat di lalu lintas, dia adakalanya mahu meluangkan waktu petangnya untuk bermain bola sepak di rumah.
"Selepas solat Isyak, saya biasanya terus pulang ke rumah bersama ibu," katanya.
Ketika ditanya, apakah dia dan ibunya selesa dengan pekerjaan mereka lakukan itu, Rehan menjawab dia amat gembira dapat membantu memberi wang tambahan kepada ibunya.
Namun Rehat tidak menafikan yang adakalanya dia terasa letih kerana perlu berjalan kaki 10 kilometer dari rumahnya.
Kisah anak kecil itu mengundang rasa sebak netizen sehingga ada yang menitis air mata melihat kesusahannya. Ada yang mahu membuatkan tabung dana khas untuk dua beranak ini agar kehidupan mereka menjadi lebih baik selepas ini.
Semoga Rehan dan ibunya dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dilindungi dari sebarang kesulitan.
Sumber: Rahmadi
from The Reporter https://ift.tt/3k19ZT8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment