loading...
  • Breaking News

    Monday, October 19, 2020

    Remaja 15 tahun dirogol lelaki yang baru seminggu dikenali dari FB

    Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diperkosa oleh lelaki yang baru saja dikenali melalui Facebook. 


    Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pelajar tingkatan tiga itu mengaku baru seminggu mengenali suspek berusia 32 tahun. 


    Mereka kemudian keluar bersama menaiki kereta pada jam 12 tengah malam ke sebuah hotel dan di kesempatan itu suspek memperkosa mangsa. 


    Jam 8 pagi keesokan hari, kedua-duanya keluar dari hotel dan suspek membawa mangsa bersiar-siar di sekitar bandar Seremban sebelum menghantarnya pulang ke rumah pada jam 10 malam. 


    Ahad (18/10/2020), mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menjalani pemeriksaan. 


    Keputusan pemeriksaan mendapati, terdapat kesan koyakan di kemaluan mangsa.


    Bertindak di atas laporan dan pengesahan itu, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


    Siasatan juga mendapati, mangsa tinggal bersama dengan neneknya di Bahau selepas kedua ibu bapanya bercerai. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3dC2j7Z
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment