loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 20, 2020

    Remaja kelar leher bapanya selepas ditegur main PUBG terlalu lama, sebelum kelar leher sendiri

    Seorang remaja lelaki menyerang bapanya dengan pisau sehingga mengalami kecederaan setelah dia meminta anaknya untuk tidak bermain PUBG terlalu lama. 


    Remaja itu kemudian turut mencederakan dirinya menggunakan pisau tersebut. Dua beranak itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


    Remaja lelaki terbabit yang dikenali sebagai Amir, menyerang bapanya, Irfan selepas dia meminta anaknya berhenti menghabiskan masa dengan bermain game tersebut untuk jangka masa yang sangat lama. 


    Bengang dengan teguran itu, Amir pergi mengambil pisau lalu mengelar leher bapanya beberapa kali sebelum mengelar lehernya sendiri. 


    Amir kemudian keluar ke jalan raya dengan badannya berlumuran darah. Orang awam cuba menenangkan dia, tetapi Amir yang sudah tidak dapat mengawal dirinya cuba menikam orang awam. 


    Menurut Inspektor Arvind Mohan Sharma berkata, keadaan remaja itu masih kritikal.


    Ahli keluarganya memaklumkan, Amir juga mempunyai masalah ketagihan dadah dan sedang menjalani rawatan pemulihan. 


    Sumber: Times Now News



    from The Reporter https://ift.tt/35is7lN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment