Hari ini satu topik baharu menjadi perbualan bila Utusan Malaysia telah mengeluarkan laporan yang mendakwa terdapat segelintir golongan artis dan Instafamous yang terlibat dalam sindiket pelacuran.
Mereka juga dikatakan hanya memuaskan nafsu kelas atasan sahaja. Sebab itu mereka boleh meletakkan bayaran sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam.
Perkara ini turut disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini sedang melakukan siasatan. Setakat ini belum ada sesiapa yang didedahkan terlibat dengan aktiviti haram berkenaan.
Macam mana perkara ini boleh terbongkar?
Menurut sumber, ia juga ada kaitan dengan suspek Macau Scam yang ditangkap sebelum ini yang disyaki menjadi orang pengantara untuk memberikan jalan kepada golongan ini mendapatkan duit segera.
Aktiviti ini dikhabarkan sudah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat tak kisah menjual maruah sendiri demi ‘duit segera’.. Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air. – Kata sumber.
Apa dia? Senarai nama artis dan Instafamous yang terlibat sudah ada?
Menurut sumber Utusan Malaysia, mereka juga telah mempunyai senarai semua artis dan Instafamous popular tempatan yang terlibat. Tetapi tidak mendedahkannya kepada umum buat masa ini.
Sehingga ke saat ini, pihak SPRM turut sedang memantau penuh semua aktiviti artis dan Instafamous yang terlibat. Lagi-lagi bila banyak artis yang menunjukkan kemewahan yang jika difikirkan, tidak mungkin bayaran dari hasil lakonan atau nyanyian mampu membuatkan mereka secara bermewah-mewahan.
Ada yang terasa ke? Siapa makan cili, dia akan terasa pedasnya. Nantikan sahaja jemputan dari pihak berkuasa.
Sumber: Utusan Online via https://ohmedia.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3o64HZy
via IFTTT
No comments:
Post a Comment