Tiga kanak-kanak mati rentung dalam rumah mereka yang terbakar selepas dikurung ibunya agar dia dapat pergi menghadiri pesta arak bersama rakan-rakan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Disember 2020, Diogo Monteiro, 4, Caio, 2, dan Vitoria Sofia, 8 bulan, maut dalam kebakaran rumah (kayu) yang berlaku di Rio Branco, Brazil.
Sebelum itu, jiran-jiran berhampiran terdengar bunyi jeritan mangsa tetapi tidak mampu menyelamatkan tiga beradik itu kerana pintu dikunci dengan selak mangga.
Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian, rumah berkenaan telah hangus dijilat api. Bomba hanya dapat menghalang api kebakaran dari merebak ke rumah-rumah berhampiran.
Mayat kesemua mangsa dibawa ke hospital dan para petugas hospital tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat mangsa yang masih kecil.
Susulan dari kejadian itu, ibu mangsa, Jociane Monteiro, 23, ditahan dan dibawa ke Balai Polis Flagrant untuk siasatan.
Siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas pada kipas rumah tersebut.
Pegawai penyiasat, Yvens Moreira berkata, "Ketika disoal siasat, Joiciane langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Dia tidak menangis, apatah lagi bertanya mengenai apa yang berlaku pada anak-anaknya. Dia hanya mahu berdiam diri," katanya.
Hakim Marcelo Coelho Carvalho membenarkan Monteiro dibebaskan buat sementara waktu dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/3aLSRzr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment