loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 23, 2020

    'Tiba-tiba Zara menjerit & menangis!' - Bayi 5 bulan cedera dicakar monyet liar


    Seorang bayi perempuan berusia lima bulan cedera di belakang badannya akibat dicakar monyet liar dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.00 pagi Ahad lalu di Taman Nusa Damai, Johor Bharu.


    Mangsa, Aisyah Nur Zara Mohd Azmi, ketika kejadian baru saja bangun dari tidur di bilik, sementara ibunya, Siti Nur Asikin, pergi ke dapur untuk membancuh susu.


    "Saya meletakkan dia di atas katil di bilik tidur utama sebelum pergi ke dapur dan ketika itu, dua lagi anak lelaki (8 dan 10 tahun) juga berada di rumah menonton televisyen. Suami pula bekerja di luar kawasan.


    "Secara tiba-tiba Zara menjerit dan menangis. Saya bergegas ke bilik untuk mendapatkannya dan terkejut apabila melihat seekor monyet liar masuk melalui tingkap bilik dan duduk di atas belakang badan bayi saya yang saiznya lebih kurang sama sambil mencakarnya," katanya. 


    Siti cuba menghalau monyet liar itu menggunakan penyapu dan tindakannya itu membuatkan monyet berkenaan seakan-akan mahu menarik tangan Zara untuk membawanya lari. 


    Haiwan itu bagaimanapun melarikan diri setelah dihalau oleh jirannya yang menyedari kejadian yang menimpa mangsa. Semasa cuba menenangkan mangsa, Siti mendapati belakang baju anaknya terkoyak dan terdapat kesan darah. 


    Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan, manakala jirannya pula membuat aduan secara online di laman web Perhilitan mengenai kejadian tersebut dan kehadiran monyet-monyet liar di kawasan itu semakin menjadi-jadi. 


    Mangsa terpaksa ditahan di hospital selama 14 hari ekoran mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan badan. Doktor terpaksa memberikan mangsa dos vaksin rabies kerana kuku monyet itu berkuman, manakala antibodi bayi pula masih belum kuat. 


    "Luluh hati saya melihat keadaan Zara yang tidak boleh terlentang. Zara asyik menangis dan saya terpaksa tidurkan dia secara meniarap supaya tidak terasa sangat sakit itu," katanya. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3pmoAeF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment