Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan agar Ahli-Ahli Parlimen diberi suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum diberikan kepada rakyat.
Bekas Menteri Kewangan mencadangkan perkara itu ketika berada di Dewan Rakyat yang sebelum itu memohon penjelasan sama ada semua Ahli Parlimen akan diberikan vaksin tersebut sebagai langkah menunjukkan kepimpinan teladan kepada rakyat.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu yang dianggapnya merupakan satu saranan baik dalam usaha memberi keyakinan kepada rakyat yang pada ketika ini masih meragui keselamatan vaksin tersebut.
"Berkenaan dengan cadangan Ahli Parlimen Bagan, ia cadangan yang baik dan kita akan pertimbangkan dan umum nanti," katanya ringkas di Dewan Rakyat semalam, ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri menjawab soalan tambahan.
Dalam kenyataan di Twitter pada 17 Disember 2020, Khairy tidak menafikan bahawa sememangnya ada rakyat yang meragui keberkesanan vaksin itu dan mahu ahli politik antara individu terawal diberikan vaksin Covid-19.
"Bagi mereka yang ragu-ragu, mereka mahu ahli politik diberikan vaksin terlebih dahulu, Sekiranya tiada masalah, mereka akan menerimanya.
"Bagi mereka yang yakin dengan vaksin, mereka mahu ahli politik sebagai orang terakhir mendapatkannya agar yang lain diberi keutamaan.
"Jawatankuasa Vaksin yang saya pengerusikan bersama Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) akan membuat cadangan mengenai kumpulan yang diutamakan untuk mendapatkan vaksin berdasarkan penilaian risiko," katanya.
Di media sosial, netizen bersetuju dengan cadangan itu dah menuntut ahli politik melaksanakan cadangan itu, bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong bagi meraih populariti di kalangan rakyat.
Sumber: Astro Awani, Twitter Khairy Jamaluddin
from The Reporter https://ift.tt/3gX0LXI
via IFTTT
No comments:
Post a Comment