Tindakan seorang lelaki merakam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dua anggota polis trafik yang sedang bertugas baru-baru ini, ditahan reman selama tiga hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki berusia 36 tahun hadir ke Balai Polis Setia Indah untuk membuat laporan sebelum ditahan.
Difahamkan, video kejadian yang turut viral di media sosial itu berlaku di Jalan Mutiara emas Putih, Khamis, 17 Disember 2020 ketika Operasi Lampu Merah dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
"Semasa operasi sedang dijalankan, anggota polis trafik menahan kereta Proton Wira yang didapati nombor pendaftarannya tidak mengikut spesifikasi, selain melakukan ubahsuai pada ekzos.
"Polis trafik kemudian mengeluarkan dua saman atas kesalahan berkenaan. Pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana disaman, lalu merakam video anggota polis trafik terbabit yang sedang menjalankan tugas.
"Ketika hendak beredar, pemilik kereta itu sempat mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang kuat," katanya.
Susulan insiden itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit.
Semakan data mendapat, suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, namun keputusan ujian saringan air kencingnya adalah negatif.
Suspek ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/38pS4kH
via IFTTT
No comments:
Post a Comment