loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 23, 2020

    Budak perempuan maut dirempuh Hilux ketika melintas jalan secara tiba-tiba


    Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan ketika melintas jalan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Rabu, 23 Disember 2020. 


    Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman, 7, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian jam 10.50 pagi itu. 


    Siasatan awal mendapati, Sofiya dikatakan cuba melintas jalan dari rumahnya ke rumah ibu saudara. 


    Dalam masa yang sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dari arah Bahau menuju ke Seremban tidak sempat mengelak mangsa yang melintas secara tiba-tiba, lalu merempuh mangsa sehingga tercampak ke bahu kiri jalan. 


    Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilih untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3rkRTjs
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment