loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 23, 2020

    'Buat malu jer...' - Anggota trafik ditahan, memandu lawan arus & disyaki mabuk


    Polis menahan seorang anggota trafik pada jam 12.30 pagi Rabu, 23 Disember 2020, kerana memandu secara melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.


    Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga menerima rakaman video kejadian yang menunjukkan kereta Perodua Axia itu dipandu secara melawan arus dan berbahaya. 


    Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan kemudian berjaya mengesan pemandu berusia 25 tahun itu di sebuah stesen minyak dan terus ditahan. 


    Siasatan mendapati, pemandu itu adalah anggota trafik JBS dan tidak bertugas pada waktu kejadian. Anggota terbabit yang dipercayai mabuk, memandu kereta persendirian. 


    Sementara itu, Datuk Ayob Khan menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana anggota serta pegawainya yang melanggar undang-undang. Suspek yang ditahan juga akan disiasat dengan telus dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang. 


    Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3nLoywf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment