Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengalami kecederaan di muka akibat terjatuh dari basikal semasa melakukan aktiviti itu di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor, semalam.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar berkata, Khairy terjatuh selepas basikalnya melanggar lubang di atas jalan dalam kejadian jam 11 pagi Ahad, 27 Disember 2020.
Ekoran dari kemalangan itu, Khairy mengalami lebam di bahagian muka sahaja, tiada sebarang kecederaan serius.
Perkara itu mendapat perhatian pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat yang kemudian membalas tweet memohon maaf terhadap Khairy.
"JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh," tweet JKR Kuala Langat.
Bagaimanapun di media sosial, netizen mempersoalkan tweet tersebut yang hanya memohon maaf kepada ahli politik, tetapi tidak pernah memohon maaf kepada pengguna 'biasa-biasa'.
Sumber: Bernama, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/2KFOVWf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment