Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti berbasikal dan dapat dilihat dengan jelas bertapa trendingnya golongan berbasikal ini terutamanya newcomer di jalan raya.
Walaupun aktiviti itu menyihatkan badan, tetapi menurut Doktor Ahmad yang berkongsi mengenai aktiviti itu di Twitternya berkata, hobi tersebut dikhuatiri boleh memberi kesan sampingan kepada golongan lelaki.
APA KESAN SAMPINGANNYA?
Doktor Ahmad menjelaskan, berdasarkan ujian semen yang dilakukan pada lelaki berusia 29 tahun aktif dalam aktiviti berbasikal, yang tidak merokok dan juga tidak menghidap penyakit, hampir keseluruhan spermanya tidak berkualiti.
"Ujian semen lelaki 29 tahun yang aktif dalam cycling, tidak merokok dan tanpa penyakit lain, hampir 80 peratus spermanya bergerak tanpa hala tuju iaitu ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang.
"Banyak kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh menjadi punca (sperma menjadi seperti itu) kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma," katanya yang juga menjelaskan video yang disertakan hanya sebagai contoh sahaja.
Ujian semen lelaki 29 thn yg aktif dlm cycling. Tidak merokok & tanpa penyakit lain. Hampir 80% spermanya bergerak tanpa hala tuju, iaitu ke kiri dan kanan, ke dpn dan blkg. Byk kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh jd punca kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma. pic.twitter.com/2IjE3CK3Qb
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) December 19, 2020
Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, Doktor Ahmad menasihatkan penggemar aktiviti berbasikal kurangkan mengayuh terlalu lama atau melebihi lima jam dalam seminggu.
"Elakkan cycling terlalu lama iaitu lima jam dalam seminggu. Testis akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan seluar yang ketat.
"Cycling dan kesan pada fertility semen bagi lelaki memang sudah dikaji sejak sekian lama. Bukanlah tak boleh cycling langsung, tetapi perlu tahu tempoh dan masa cycling yang sesuai dan perlu ada recovery secara intermittent," katanya.
Sumber: Doktor Ahmad
from The Reporter https://ift.tt/34zx9um
via IFTTT
No comments:
Post a Comment