loading...
  • Breaking News

    Tuesday, December 29, 2020

    Bomoh 'Kanji' rogol remaja, konon nak menghalau hantu tempayan


    Polis menahan seorang bomoh berusia 34 tahun kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun ketika melakukan upacara perubatan yang dilakukan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Kapit. 


    Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit pada jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu dan terus menahan suspek.


    Menurut ibu mangsa, dia membawa anak perempuannya itu berjumpa dengan suspek untuk berubat kerana menyangka anaknya diganggu oleh hantu tempayan. 


    "Mereka bersama anaknya serta dua kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh itu. Sampai di lokasi, bomoh mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai. 


    "Selesai upacara itu, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya. 


    "Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitknya tidak akan sembuh," katanya. 


    Dua beranak itu kemudian pulang ke rumah dan mangsa menceritakan kepada ibunya mengenai perbuatan terkutuk bomoh terbabit. 


    Suspek direman selama seminggu untuk disiasat, sementara itu mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3pIA3FF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment