loading...
  • Breaking News

    Monday, December 21, 2020

    Kejam! Lelaki di Payakumbuh bunuh kekasih, sebelum diperkosa mayatnya


    Seorang lelaki di Payakumbuh, Sumatera Barat, dituduh membunuh kekasihnya sendiri sebelum mayat mangsa disetubuhi oleh suspek. 


    Alim Muspar atau Alim, 19, tergamak berbuat demikian terhadap teman wanitanya berusia 21 tahun itu kerana mangsa dikatakan menolak ajakan suspek untuk melakukan hubungan intim ketika dibawa ke sebuah pondok berdekatan ladang singkong. 


    "Suspek mengaku membunuh mangsa kerana mangsa menolak ketika diajak bersetubuh di sebuah pondok di tengah ladang," kata Ketua Polis Daerah Payakumbuh, Rosidi, pada Jumaat, 18 Disember 2020. 


    Suspek ditahan di tempat kerjanya di Bukit Tinggi. Pada awalnya suspek tidak mengaku, namun setelah didesak dan ditunjukkan sejumlah bukti, akhirnya Alim mengakui perbuatannya. 


    Alim mengakui dia mengenali mangsa, Indah Permata Sari, melalui media sosial dan menjalinkan hubungan selama tiga bulan dan ketika kejadian, itu merupakan kali pertama mereka berjumpa. 


    Menurut Alim, dia sanggup membunuh mangsa kerana dia sememangnya berhasrat untuk melakukan hubungan intim dengan mangsa. 


    Tetapi disebabkan mangsa menolak sehingga menjerit dengan kuat membuatkan dia berang lalu mencekik lehernya sehingga tidak bernafas. Setelah mendapati mangsa tidak lagi bernyawa, Alim terus menyetubuhi mayat wanita itu.


    Ketika mayat itu ditemui, polis mengalami kesukaran untuk mengenalpasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa. Identiti mangsa hanya diketahui setelah mayat mangsa dibedah siasat. 


    Laporan bedah siasat juga mendapati terdapat kesan cekikan di leher, luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa. - Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/2KJRFkY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment