loading...
  • Breaking News

    Monday, December 21, 2020

    Photographer didenda RM3,500 kerana minta foto bogel pelajar universiti


    Seorang jurugambar yang tular di laman sosial baru-baru ini kerana meminta foto bogel seorang pelajar universiti didenda RM3,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.


    Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Hishamudin Hashim, 32, selepas dia mengaku melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menghina kesopanan mangsa yang berumur 21 tahun.


    Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak di sini pada 3.09 petang 23 Nov lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman berbentuk pengajaran walaupun mangsa dalam kes ini adalah lelaki manakala peguam Ariff Amirul Abdul Jani merayu hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh menghidap penyakit jantung.


    Mengikut fakta kes, mangsa menerima mesej pada 27 Okt lepas melalui aplikasi Instagram yang menggunakan nama ‘TKDNXV Creative Solution’ menyatakan tertuduh ingin mengambilnya sebagai model penggambaran berkonsep kesihatan dan pelajar itu telah bersetuju.


    Pada 23 Nov lepas, tertuduh menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa memintanya menghantar gambar bogel dari sudut depan serta belakang dan pelajar itu yang terkejut, menolak tawaran tersebut sebelum memuat naik satu hantaran di Twitter menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan tertuduh kerana beberapa individu telah menghantar pesanan kepadanya yang menyatakan mereka juga menerima perkara sama.


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/2KpS3p5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment