loading...
  • Breaking News

    Thursday, June 16, 2022

    Abang OKU rogol adik sehingga hamil, dipenjara 14 tahun & 8 sebatan

    Foto Harian Metro


    Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kudung kaki kanan yang mengaku bersalah di atas pertuduhan merogol adik perempuannya, tahun lalu. 

    Penganggur berusia 21 tahun itu mengaku bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. 


    BACA: Sakit perut bongkar Pelajar Tingkatan 1 dirogol abang kandung sehingga mengandung


    Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu dengan mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Ketereh, antara jam 10 hingga 11 malam pada 1 November hingga 7 November 2021.


    Tertuduh dikatakan mengugut akan memukul mangsa sekiranya menceritakan kejadian itu kepada orang lain. 


    28 April 2022, mangsa merasakan badannya tidak sihat pergi ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, bersama ibunya berusia 46 tahun, untuk menjalani pemeriksaaan. Mangsa kemudian dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II. 


    Setelah itu, mangsa menjalani pemeriksaan seterusnya di Hospital Kajang, Selangor dan disahkan mengandung.


    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan. 


    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


    Wan Nurul Hanini terdahulu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh mengaku bersalah di atas perbuatan kejinya itu terhadap adik kandungnya sendiri. 


    "Ketika kejadian, mangsa berusia 13 tahun tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perbuatan. Perbuatan itu meninggalkan kesan trauma kepada mangsa dan tertuduh sepatutnya memberi teladan yang baik dan menjaga maruah adiknya," katanya. 


    Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 3  Jun lalu dan lapan sebatan. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/sSOQxnd
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment