Seorang remaja lelaki terpaksa menahan derita apabila kemaluannya terputus akibat digigit jerung ketika mandi di pantai.
Jose Enerstor da Silva, 18, berjaya ditarik ke pantai oleh penyelamat dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, pembedahan yang dijalankan selama tiga jam itu, gagal menyelamatkan nyawa mangsa.
Rodrigo Matias, dari Jabatan Bomba Recife berkata, mangsa terdahulu sedang berenang bersama abangnya di perairan Pantai Piedade, yang dipasang dengan papan tanda amaran kehadiran jerung.
"Ketika anggota penyelamat meminta mereka untuk kembali ke pantai, mangsa telah digigit jerung," katanya.
Video kejadian itu juga tular di media sosial yang menunjukkan anggota penyelamat tanpa gentar pergi berenang dan menarik mangsa ke pantai.
Penyelamat kemudian berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pendarahan dari luka gigit pada pangkal paha Jose.
Paramedik Wagner Monteiro berkata, "Gigitan jerung itu telah memtong tulang paha dan zakarnya. Dia kehilangan banyak darah."
Pengarah Hospital Restauracao Recife, Miguel Arcanjo menambah, "Mangsa tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan luka yang sangat besar dan serius.
"Selepas pembedahan berakhir pada jam 9.30 malam, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Dia kehilangan banyak darah, yang mana kita telah gantikan. Tetapi dia mengalami kejutan hipovolemik dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih."
Foto Jose |
Pantai Piedade terkenal dengan serangan jerung. Dalam kejadian Julai tahun lalu, seorang lelaki tempatan, Marcelo Rocha Santos, minum di pantai bersama rakan-rakannya, maut akibat digigit jerung.
Ibu Jose Elisangela dos Anjos, 42, berkata, mangsa tetap pergi ke pantai tu walaupun dia telah memberi amaran tentang bahaya serangan jerung.
"Dia pergi secara senyap-senyap sebab dia tahu saya akan marah. Saya tak bimbang masa itu sebab saya menyangka dia ada di sekitar rumah. Tapi apabila saya dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya menjadi tak keruan, semua jiran mendengar jeritan saya."
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/Tn7FVbx
via IFTTT
No comments:
Post a Comment