loading...
  • Breaking News

    Tuesday, June 7, 2022

    Isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda di hotel bajet, bagi alasan nak pergi kelas senam aerobik di Terengganu



    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah mencekup seorang wanita yang masih berstatus isteri orang, disyaki berkhalwat dengan duda di sebuah hotel bajet di Kota Bharu, malam tadi. 


    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS), Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan terbabit ditahan pada jam 11.30 malam tadi dalam serbuan yang dilakukan anggota BPUS. 


    Siasatan mendapati, pasangan warga emas itu datang ke bandar itu dengan menaiki bas dari Selangor yang kemudian ditahan semasa sedang berdua-duaan di bilik hotel tersebut.


    Ketika disoal siasat, duda berusia 65 tahun itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala 'isteri orang' berusia 56 tahun itu pula mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu. 


    Pasangan warga emas itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 50, Undang-Undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 sebelum dilepaskan dengan bon jamin. 


    Mereka juga dikehendaki hadir ke Mahkamah Syariah pada tarikh yang ditetapkan untuk tindakan undang-undang. 


    Dalam kes lain, JAHEAIK turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih yang didapati melakukan perbuatan tidak sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh pada jam 5 petang semalam. 


    Pasangan yang diberikan notis diminat hadir untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh dua minggu. Gagal berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dihukum denda.


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/RAMQwso
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment