Seorang wanita berusia 26 tahun di Indonesia, tergamak menganiaya bayinya yang masih berusia lima bulan sehingga tidak bernyawa.
Suspek, Eka Sari Yuni Hartini, didakwa menganiaya mangsa sehingga mati kerana tidak tahan mendengar tangisannya yang berterus tanpa henti. Lebih kejam lagi, suspek meninggalkan mayat mangsa dan pergi mengikuti suaminya ke program anjuran majikannya di Yogyakarta.
Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan suami suspek bekerja di sebuah syarikat pelayaran, serta hanya pulang pada hujung minggu. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Siasatan awal pihak polis mendapati, suspek dikatakan kerap melakukan kekerasan terhadap mangsa hanya kerana hal-hal remeh. Suspek mengaku dia geram dan berasa jengkel apabila mendengar suara mangsa merengek atau menangis.
Suspek juga selalu menyeksa ibunya sendiri sekiranya warga emas itu melakukan kesilapan dan memaksanya membuat kerja-kerja rumah.
Ibunya turut diancam bunuh oleh suspek sekiranya dia memberitahu orang lain mengenai bayinya yang telah meninggal dunia.
"Saya takut dengan dia (suspek), dia nak bunuh saya. Dia minta saya tidak sebarkan tentang kematian cucu, disuruh diam dan tunggu sehingga dia pulang.
"Ya, saya diancam bunuh. Saya takut dan duduk di rumah tak keluar-keluar," katanya.
Warga emas berkenaan turut memberitahu suami suspek juga tidak gemar mendengar suara anak mereka menangis. Apatah lagi lelaki itu tidak pernah naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan anaknya sendiri.
KRONOLOGI KEJADIAN
Ketua Polis Daerah Wonocolo, Roycke Hendrik Francisco berkata, kejadian yang menimpa mangsa berusia lima bulan itu berlaku pada Selasa, 21 Jun 2022. Suspek telah melempar mangsa dalam keadaan terlentang di tengah tilam sebelum diterbalikkan, lalu dipukul bahagian punggungnya menggunakan telapak tangan. Suspek melakukan perbuatan itu selepas dia selesai memandikan mangsa.
"Suspek menterbalikkan badan dan memukul mangsa sehingga terdiam dan tidak bergerak sebelum ditinggalkan dan meminta ibunya menjaga mangsa," katanya.
Nenek mangsa hanya mengetahui cucunya sudah tidak bernyawa ketika mahu memberi susu pada Khamis, 23 Jun 2022. Tetapi suspek memberi amaran agar tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu.
Tetapi nenek mangsa nekad membuat laporan polis pada Sabtu, 25 Jun 2022 kerana dipercayai tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat cucunya.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan suaminya. Namun, suaminya dibebaskan kerana dipercayai tidak terlibat dalam penganiayaan itu.
Suspek akan didakwa mengikut akta perlindungan kanak-kanak, kekerasan dalam rumah tangga dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun paling lama.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/zrB9PZK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment