loading...
  • Breaking News

    Friday, June 10, 2022

    'Zahid berjaya keluarkan UMNO dari 'longkang' - Khir Toyo



    29 Mei lalu, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15. Khir yakin, dirinya akan mendapat sokongan ramai dari penduduk tempatan. 


    "Tujuan saya (bertanding) hanya mahu memastikan kemenangan parti dan bukannya ada tujuan lain. Namun keputusan terserah kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti," katanya. 


    Bagaimanapun, Ketua UMNO Selangor, Noh Omar menyelar Khir yang dikatakan cuba melobi untuk menjadi calon. 


    "Ini bukan masanya untuk melobi menjadi calon kerana bagi saya, kita perlu turun padang melibatkan rakyat," katanya. 


    Gagal 'menawan' hati Ketua UMNO Selangor, Khir dalam wawancaranya bersama MalaysiaKini pula mengeluarkan kenyataan mengagumi kepimpinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. 


    Khir berpendapat, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengangkat parti itu keluar dari longkang sehingga menjadi rebutan pada hari ini.

    Kenyataan itu dibuat berdasarkan pencapaian UMNO yang menang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dan kemenangan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Putrajaya ditawan Pakatan Harapan (PH). 


    "Selepas PRU14, UMNO kalah pada 2018. UMNO macam berada dalam longkang, orang tak nak UMNO. Ketika itu pemilihan ketua bahagian, ramai yang tak nak (sertai), ahli parlimen pula lompat ramai-ramai. 


    "Tetapi hari ini UMNO sudah jadi satu benda yang sangat menarik. Sampai ada yang sudah lompat pun nak patah balik. Kini UMNO kembali jadi rebutan," katanya. 


    Walaupun Zahid terpalit dengan kes kontroversi di mahkamah, Khir menganggap Zahid seorang presiden yang mempunyai hala tuju untuk parti.


    "Ini kerana hala tuju parti politik yang sebenar adalah untuk menang pilihan raya, manakala isu ekonomi terletak di bahu kerajaan dan UMNO bukanlah menguasai kerajaan sepenuhnya," katanya. 


    Sumber: MalaysiaKini



    from The Reporter https://ift.tt/odnpHiL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment