loading...
  • Breaking News

    Tuesday, June 7, 2022

    'Nasi sebutir pun takde dari pihak katering' - Pasangan Pengantin lapor polis, syarikat katering tak hantar makanan, alasan tak sempat



    Hasrat melangsungkan majlis perkahwinan dengan lancar tidak kesampaian buat pasangan pengantin baharu, Muhammad Khairun Nazri Mohammad, 24, dan pasangannya, Fatin Zahira Rosli, 26, ekoran syarikat katering membuat onar pada hari kejadian. 


    Difahamkan, pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan di Taman Putri, Kulai dan seawal jam 7 pagi menerima panggilan dari pihak katering yang memaklumkan pihaknya tidak sempat menyiapkan makanan disebabkan 'ketamakan' mereka mengambil tempahan daripada lima majlis keramaian secara serentak. 


    Muhammad Khairun berkata, mereka tidak mengenali syarikat katering itu yang beroperasi di Segamat dan semuanya diatur oleh syarikat perancang perkahwinan. 


    "Cubaan kami mendapatkan penjelasan daripada syarikat pencangan perkahwinan gagal, malah mereka hanya membayar RM3,000 daripada RM16,700 yang dibayar untuk penyediaan makanan," katanya. 


    Meskipun tiada katering, pasangan itu bersyukur saudara-mara mereka sanggup bergotong-royong menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada 1,000 tetamu. 


    @ajanreduan01 Semoga dipermudahkan majlis 😢#fyp #fypmalaysia🇲🇾 #masukberanda #qiszan #weddingplanner #sabar ♬ original sound - Fadhli - TuanFadhli
    @azieriezal2 Pertama Kali dlm sejarah keluarga kami.. Allah uji kakakku sekeluarga.. #fypã‚· #weeding #kulaijohor ♬ original sound - Fadhli - TuanFadhli


    Menurut Muhammad Khairun, dua lagi pasangan turut menerima nasib yang sama. Kesal dengan apa yang berlaku, pasangan itu membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/nQfKXGA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment