loading...
  • Breaking News

    Tuesday, June 7, 2022

    Lelaki tumbuk & pecahkan cermin kereta jiran sebab buat aduan kepada MBS mengenai rumahnya berbentuk kuil



    Tiga kali notis arahan menghentikan kerja-kerja pembinaan telah dikeluarkan dari tahun 2019, namun arahan dari Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu tidak diendahkan dan seorang lelaki meneruskan impiannya mengubah suai rumahnya berbentuk kuil sehingga menimbulkan masalah kepada jiran. 


    Arahan dari MBS itu telah dikeluarkan kerana pembinaan tersebut bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, malah tidak mengikut tatacara keselamatan.


    Memetik laporan dari Media Variasi, rumah yang diubah kepada bentuk kuil itu boleh mewujudkan sentimen perkauman dan ketidakselesaan kepada penghuni di taman berkenaan terutama jiran yang bersebelahan dengan rumah tersebut.


    Halim Hassan berkata, kejadian itu berlaku berdekatan dengan kediamannya di Taman Suria, Mantin,  Negeri Sembilan. Halim mengakui, tindakan tidak bertanggungjawab jirannya itu telah menimbulkan banyak masalah kepadanya dan memaksa dia membuat aduan kepada pihak MBS pada 14 Februari 2022 untuk mengambil tindakan lanjut. Malangnya, tiada tindakan susulan dari MBS.


    "Dia (jiran) masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini. 


    "29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di kawasan beranda rumah, selain kerosakan pada cermin motosikal juga disebabkan batu bata yang jatuh. 


    "Kami bernasib baik kerana tidak ada di tempat batu bata jatuh dan kebiasaannya di sinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang. 


    "Walaupun notis telah dikeluarkan, hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan melampau sehingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembab di dinding bilik dan ruang tamu. 


    "Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah sehingga masuk ke kawasan laman rumah saya, menyebabkan salah satu tayar kereta tertusuk paku, selain simen dan habuk mengenai kereta saya. Tetapi jiran menafikan dan tidak mahu bertanggungjawab," katanya. 


    Halim mendakwa, keretanya ditumbuk dan cermin dipecahkan setelah jiran terbabit mengetahui Halim membuat aduan kepada MBS. Hal itu menyebabkan Halim terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Mantin. 


    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd  Faley Ab Rahman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.


    Sumber: Suara Merdeka, Media Variasi



    from The Reporter https://ift.tt/du5IHlO
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment