Seorang lelaki mendakwa dia dibelasah oleh pelakon Iko Uwais sehingga mengalami luka di bahagian wajah, kepala dan punggung.
Ketua Polis Metro Bekasi Kota, Indonesia, Ivan Adhitiria berkata, mangsa mendakwa dia telah dibelasah oleh Iko Uwais dan rakannya menggunakan tangan kosong.
Polis telah memanggil Iko Uwais datang ke balai untuk memberi keterangan pada jam 9 pagi hari ini.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada Sabtu, 11 Jun 2022. Iko dikatakan telah menggunakan khidmat mangsa, Rudi, untuk mengubahsuai rumahnya di Cibubur, Jakarta Timur. Untuk itu, Iko telah membayar wang pendahuluan sebanyak 50 peratus.
Namun selepas beberapa waktu, Rudi menagih baki bayaran dengan mengirimkan invois kepada Iko melalui aplikasi WhatsApp. Tetapi, mesej itu tidak mendapat respon.
Sehinggalah satu hari, Rudi bersama isterinya kebetulan lalu di hadapan rumah Iko dan pelakon itu memanggil berhenti untuk berbincang.
Perbincangan itu bagaimanapun bertukar menjadi pergaduhan apabila Iko bersama rakannya, Firmansyah bertindak memukul Rudi sehingga mengalami kecederaan.
Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/ha97Mqd
via IFTTT
No comments:
Post a Comment