loading...
  • Breaking News

    Tuesday, June 21, 2022

    'Saya hanya inginkan anak sedar' - Budak 'overdose' dadah angkara bapa saudara, terpaksa ditidurkan



    Kanak-kanak lekaki berusia empat tahun yang kritikal akibat 'overdose' dadah angkara bapa saudaranya, terpaksa ditidurkan susulan keadaannya yang semakin lemah. 


    Ibu mangsa berkata, anak bongsunya daripada tiga beradik itu tidak menunjukkan tanda positif dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). 


    "Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu. 


    "Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh. 


    "Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain. Itu sahaja yang saya harapkan," katanya sayu.


    Difahamkan, mangsa adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) masalah pertuturan (speech delay) dan baru boleh berjalan. 


    Menurut ibu mangsa, dia tidak tahu anaknya dibawa keluar oleh suspek kerana tiada di rumah. Namun, selepas pulang ke rumah pada jam 5 petang dia mendapati keadaan anaknya lemah dan menyangka mangsa keletihan kerana bermain. 


    Suspek dikatakan membawa mangsa keluar dari rumah tanpa pengetahuannya pada jam 2 petang hari kejadian. Sebaik saja pulang selepas tiga jam kemudian, mangsa kelihatan letih dan pucat sebelum ditidurkan. 


    Semasa ditidurkan, mangsa selalu tersentak membuatkan ibunya berasa tidak sedap hati. Jam 1 pagi, melihat keadaan anaknya semakin pucat dan lemah seolah-olah sudah meninggal dunia, dia terus membawa mangsa ke hospital sebelum dimaklumkan mengenai perkara yang tidak dijangkakan itu.


    Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak berusia empat tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kandungan dadah jenis Methamphetamine dalam badannya. 


    Suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa berusia 30 tahun disyaki berkaitan dengan kes itu ditahan polis untuk membantu siasatan. 


    Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/5IwExG1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment