loading...
  • Breaking News

    Thursday, June 23, 2022

    'Saya jaga 19 budak dalam kelas, tapi gaji RM500 walaupun dah 10 tahun bekerja' - Luahan Guru Tadika dianiaya majikan



    Peningkatan kos sara hidup menyebabkan segelintir masyarakat berasa terbeban. Keadaan tersebut menyebabkan ada individu yang mula melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Segala keperluan perlu dicukupkan. 


    Walaupun banyak pekerjaan diluar sana, namun ada yang mengatakan pendapatan yang diperoleh tidak berpadanan dengan beban kerja yang ditanggung. Bukan setakat masalah gaji, malahan waktu bekerja juga tidak fleksibel. 


    Pada 27 April lepas, kerajaan telah mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa pada 1 Mei dengan syarat-syarat tertentu. Pengumuman ini sudah pastinya melegakan ramai pihak, tetapi ada juga yang mendakwa masih menerima gaji berjumlah RM450 di tahun 2022. Masih relevan kah gaji sebanyak itu?


    Pengadu, yang juga merupakan seorang guru tadika meluahkan rasa kecewa dengan pendapatan yang diperolehi setiap bulan memandangkan ekonomi sudah meningkat naik. RM450-RM500 sebulan tidak mampu menanggung kos hidup yang tinggi apatah lagi jika mempunyai bilangan anak yang ramai.


    Ada juga yang mengatakan walaupun sudah hampir 10 tahun bekerja, pendapatan yang diperolehi tetap sama namun bebanan kerja tetap bertambah.


    Jika dikira perbelanjaan tol, minyak kenderaan, makan dan seumpanya diibaratkan seperti  gaji yang diperolehi  hanya untuk menanggung kos perbelanjaan harian pergi dan balik.







    Mendengar kata-kata orang di sekeliling ‘kerja jangan memilih’, dan ‘mentaliti orang malas’ senang dituturkan. Hakikatnya, bukan terletak dalam ‘kasut’ kita.


    Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pengadu dan berharap agar tindakan dapat diambil bagi mengatasi masalah ini. Netizen juga meminta agar pengadu dapat membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.


    Sumber: Fedtri Yahya



    from The Reporter https://ift.tt/IkAHJUa
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment