loading...
  • Breaking News

    Sunday, June 12, 2022

    'Saya memang tak setuju pemansuhan hukuman mati mandatori' - Bapa Allahyarham Zulfarhan



    Baru-baru ini kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. 


    Tetapi, Zulkarnain Idros, 57, bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan. 


    Ini kerana langkah berkenaan akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan yang serius walaupun hukuman gantiannya adalah hukuman penjara seumur hidup yang dilihat bukanlah hukuman yang setimpal, malah langsung tidak akan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan jenayah. 


    "Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita. 


    "Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukuman mati dimansuhkan pula. 


    "Begitu juga kesalahan membabitkan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar bagi mereka yang didapati bersalah membunuh. Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja?


    "Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Namun, adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang, tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara," katanya. 


    Zulkarnain menggesa kerajaan melakukan undian secara terbuka membabitkan rakyat jika sesuatu polisi besar terutama pemansuhan hukuman mati mandatori mahu dilakukan. 


    "Ini membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat, bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain," katanya. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/gTu9nkj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment