Peredaran masa yang berlaku menyebabkan beberapa perubahan yang dialami oleh masyarakat. Teknologi, makanan dan fesyen antara perubahan ketara yang paling diikuti segenap lapisan masyarakat. Fesyen sebagai contoh satu tarikan yang digemari dalam kalangan remaja terutamanya. Budaya luar seperti Kpop turut mempengaruhi corak perubahan pemakaian mereka.
Oleh kerana fesyen sudah menjadi pilihan nombor satu, kilang-kilang pakaian dan penjual mula berlumba-lumba menghasilkan pakaian terbaik keluaran mereka dan juga mengejar ‘rating’ pelanggan. Tenaga kerja sudah semestinya dikerah bagi memenuhi kehendak itu.
Namun begitu, di sebalik kisah keuntungan dan jenama yang dibawa, dibongkarkan tekanan yang dihadapi oleh pekerja sebuah kilang pakaian jenama Shein. Dikatakan kilang tersebut telah mengeksploitasi pekerja mereka. Lebih mengejutkan, terdapat mesej yang dibuat pekerja tersebut di tag pakaian yang tertera, ‘Help Me’ dan ‘I Have Dental Pain.’
Dikatakan juga, pekerja disitu bekerja tanpa diberikan bayaran lebih masa dan cuti pula hanya diberikan sebulan sekali. Gaji mereka pula dibayar dengan jumlah item yang dibuat. Jika sedikit jumlah barang yang dapat dihasilkan, purata gaji sebulan mereka hanyalah RM33, manakala jumlah pendapatan yang diperoleh boleh mencecah RM 2,489 jika sebaliknya (jika ada projek untuk siapkan banyak produk).
Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan ini dan tidak menyangka iklan jenama barangan ini yang sering dilihat di media sosial mengeksploitasi pekerjanya. Namun begitu, kata netizen, bukan sahaja jenama Shein yang berbuat demikian, malahan jenama besar lain turut terlibat sama.
Bagaimanapun, Shein tampil membuat penafian dan menegaskan dakwaan yang sedang tular di media sosial itu adalah palsu.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kami memandang serius mengenai perkara ini. Tatakelakuan kami yang ketat melarang pembekal daripada menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksaan dan kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini," kata Shein.
Shein juga mendakwa, gambar tag pakaian yang ditularkan itu sebenarnya dari syarikat lain. Sebagai contoh, mesej 'Help me plz', mesej itu sebenarnya daripada pakej yang diterima dari seorang wanita di Filipina pada 2015, yang turut dilaporkan dalam berita oleh WXYZ 7 Action News.
Mesej 'Need your help' pada tag penjagaan pakaian hanyalah sebahagian daripada mesej tag yang ditulis kepada pengguna tentang mencuci pakaian.
Walaupun Shein membuat penafian tersebut, tiada bukti bahawa syarikat itu sebenarnya telus dalam menjaga kebajikan pekerjanya.
Sekiranya Shein benar-benar tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan di kilangnya, mereka pastinya akan berkongsi maklumat yang lebih telus mengenai rantaian bekalannya, dasar buruh yang adil dan juga gambar kilang serta pekerjanya.
Sumber: Dean of Deen, Green Matters
from The Reporter https://ift.tt/5wWNJ0k
via IFTTT
No comments:
Post a Comment