Filem epik seperti Leftenan Adnan dan Puteri Gunung Ledang antara contoh filem yang membawa penonton mula meminati dan mengkaji kisah terdahulu yang berlaku di dalam negara. Justeru dengan perkembangan itu juga, pengeluar filem tempatan mula menonjolkan sedikit demi sedikit filem yang berunsur kepahlawanan.
Terbaharu, filem Mat Kilau pula bakal ditayangkan pada 23 Jun 2022 di pawagam. Belum lagi ditayangkan, filem ini sudah mengundang pelbagai persepsi.
Ada dakwaan mengatakan satu pertubuhan silat tidak bersetuju dengan tayangan tersebut kerana dikatakan terlalu banyak elemen yang menyakitkan mata. Tuntasnya, dikatakan filem tersebut tidak dirujuk kepada waris yang mutlak dan kajian juga tidak dijalankan dengan lebih mendalam.
“Ok kunci tarikh semua. Jemputlah datang kalau kalian semua nak tahu kenapa guru saya Mohd Alhamadi dan kami seluruh keluarga Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS), Warisan Mat Kilau tidak bersetuju dengan filem ‘Mat Kilau’ yang akan ditayangkan tak lama lagi. Kerana terlalu banyak elemen yang menyakitkan mata dalam filem tersebut.
"Bahasa mudahnya, filem tersebut tidak dirujuk kepada waris yang mutlak dan dikaji secara mendalam. Sangat memalukan. Tiada jati diri sebagai seorang pahlawan Pahang langsung. Tidak sepatutnya berlaku untuk sebuah filem tokoh sejarah.
"Kepada yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, mengajilah. Saya malas nak ulas panjang, nanti dikata extremists pula. Kita jumpa 21 Jun nanti inshaaAllah,” tulis lelaki ini.
"Sedikit kecewa bila so called satu persatuan yang membawa amalan silat Moyang Mat Kilau cuba menghentam filem Mat Kilau yang bakal keluar 23 Jun 2022. Dapat tahu dari Facebook abang @AzizMOsman.
Sedikit kecewa bila so called satu persatuan yang membawa amalan silat Moyang Mat Kilau cuba menghentam filem Mat Kilau yang bakal keluar 23 Jun 2022. Dapat tahu dari fb abang @AzizMOsman . pic.twitter.com/SD7hL8MMG0
— Fadhil Roslizan (@fotofadh) June 12, 2022
"Aku juga keturuan waris Mat Kilau dan orang Pahang. Aku bangga bila ada produksi yang sudi membuat filem Mat Kilau walaupun hanya "inspired by".
"Ingat senang ke sebuah produksi nak mendukung ikon sejarah ke layar perak? Banyak dah produksi yang gagal. Namun dari trailer filem Mat Kilau ni nampak seperti ada sinar dan impak kepada sambutan filem ini nanti.
"Kita sebagai waris keluarga atau amalan Mat Kilau harus sokong. Jika ada kekurangan, kita tegur dengan baik dan mungkin mereka akan buat filem yang "based on true story" selepas ini. Peringkat awal, sokong usaha ini yang memartabatkan nenek moyang kita di layar perak.
"Lagi pun, apa yang persatuan atau waris keturunan Tok Gajah dan Mat Kilau berusaha untuk memartabatkan nama tokoh pejuang ini? Tiada, “ tulis lelaki ini di Twitter.
Sutradara terkenal, Aziz M. Osman pula melalui kenyataan di Facebook menyatakan disebabkan isu sebeginilah membuatkan dia tidak gemar untuk menerbitkan cerita sejarah.
Sementara itu juga, satu forum bertajuk ‘Mat Kilau, Antara Realiti dan Fantasi’ bakal diadakan pada 21 Jun ini di Kuantan, Pahang.
Sumber: Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS) Warisan Mat Kilau, Fadhil Roslizan
from The Reporter https://ift.tt/rTnfZ0m
via IFTTT
No comments:
Post a Comment