loading...
  • Breaking News

    Saturday, December 16, 2017

    ‘Melayu Bangsa Misteri Di Nusantara..’- Kita Diperhatikan Yahudi Sejak Sekian Lama!!


    Tahukah anda bahawa Yahudi telah lama memerhatikan sejenis bangsa yang tinggal di Nusantara. Mereka dikenali sebagai: ‘MELAYU’ ! Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.

    Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? Sebabnya mereka ini pengganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.

    Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai “pengganas” dan membuat helah untuk menghancurkannya.


    Lihatlah betapa orang Israel secara diam-diam meminati dan mengkaji tentang keris dari alam Melayu. Website dari Israel ini memaparkan maklumat dalam bahasa Hebrew (Ibrani) tentang kajian mereka tentang keris iaitu senjata orang Melayu. Mereka percaya perang akhir zaman menggunakan pedang dan ‘dagger’ kerana mereka amat mengkaji bidang eskatologi Islam (kajian tentang akhir zaman).


    Maka mereka mencari rahsia bilah yang kuat, utuh dan tajam untuk membuat senjata mereka sebagai persediaan.


    Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan “Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku”. Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.

    Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah. Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN. Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?

    Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.

    Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua. Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?


    Ia adalah BANGSA MELAYU. Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.

    Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.

    Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.

    Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di’slang’kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

    Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir…fikir. Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM!

    Sumber: Info Panas


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kze0B0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment