loading...
  • Breaking News

    Saturday, December 16, 2017

    Tersangkut di celah batu


    Pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) dilaporkan lemas selepas cuba menyelamatkan adiknya di Pusat Reaksi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, lapor Harian Metro

    Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, mangsa, Nor Dyana, 17, yang cacat tangan kanan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu. 

    Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa hilang dibawa arus, tetapi adiknya selamat.

    Operasi mencari mangsa dijalankan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu. Namun keadaan arus yang deras menyukarkan operasi dan operasi mangsa terpaksa dihentikan dan disambung semula pagi ini. 

    Operasi mencari disambung semula pada jam 8 pagi hari ini dan mayat mangsa ditemui pada jam 11.25 pagi tadi.





    "Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah batu di tempat dia dilaporkan terjatuh. Bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup hari ini," katanya. 

    Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat. 

    Wan Mohd Zahari mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut. 


    from The Reporter http://ift.tt/2oiqEJX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment