loading...
  • Breaking News

    Friday, December 15, 2017

    Tertekan pedal minyak punya pasal


    Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, jam 1.30 pagi tadi, lapor Harian Metro

    Sebelum kejadian itu, pemandu wanita berusia 19 tahun itu dikatakan sedang mengisi minyak di stesen minyak tersebut. 

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Proton Saga itu tertekan pedal minyak, lalu terbabas dan merempah masuk ke dalam kedai serbaneka. 

    "Pemandu kereta itu dari Taman Pelangi Indah dan pergi ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak.

    "Apabila selesai mengisi minyak, pemandu kereta yang juga seorang kerani dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka.

    "Dia mengalami luka kecil di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan itu," katanya.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


    from The Reporter http://ift.tt/2AK6A9e
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment