Viral di media sosial beberapa gambar seorang lelaki muda yang didakwa telah menghilangkan diri dan dipercayai tidak waras selepas mengetahui isterinya curang.
Difahamkan lelaki berkenaan baru pulang dari offshore dan mendapati isterinya telah curang dan lari dengan lelaki lain, sebelum menghilangkan diri sehingga tidak dapat dikesan.
Menurut ibunya yang hanya dikenali sebagai Karen berkata, dia baru mengetahui kejadian yang menimpa anak lelakinya itu. Tetapi tidak tahu di mana keberadaan anaknya sekarang.
"Patutlah anak saya gila dibuat orang. Kasihan anak saya. Tak tahu sama ada masih hidup atau mati. Cucu saya pun entah ke mana. Saya takkan menangis selagi masih belum bertemu dengannya," katanya.
Karen berkata, dia merayu dan berharap isteri kepada anaknya itu tampil serta membatalkan sijil perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya bukan nak dia (menantu) dan kekasihnya atau meminta dia pulang. Tidak, tetapi saya mahu dia datang ke JPN dan batalkan sijil perkahwinan mereka. Itu saja.
"Sehingga sekarang saya masih belum menemui anak saya," katanya.
Sementara itu, rakan lelaki berkenaan yang tidak didedahkan namanya meminta orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan tampil menghubungi ibu dan adiknya di talian 019-8346373 (ibu), 016-8528049 (adik), atau bawa terus ke balai jika.
"Ini kes anak hilang selepas ditinggalkan isterinya yang curang dengan lelaki lain. Ibunya sanggup datang dari Miri ke Bintulu untuk mencari dan membawanya pulang ke rumah," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2BdSz0s
via IFTTT
No comments:
Post a Comment