Netizen luahkan rasa terkejut dan tidak menyangka jutawan kosmetik memuat naik kenyataan yang tidak sewajarnya.
Dato' Aliff Syukri terdahulu memuat naik gambar screenshot muzik video Abang Nak Tegur - Aliff Syukri feat Nur Sajat di Instagramnya dengan kapsyen berikut:
"Saya akan buat sesuatu. Why masih unlike? Korang apa masalah? Semua masalah dan perbalahan kerana korang. Puas hati korang, kan?"
Difahamkan kenyataan itu ditujukan kepada netizen yang menyumbang jumlah dislike pada muzik video berkenaan di channel YouTube KRU Music yang kini sudah mencecah 300,202 dislike, berbanding 40,325 like. Muzik video itu juga telah ditonton 3,346,146 kali oleh pelayar YouTube.
Terdahulu, video Dato' Aliff memarahi Sajat yang dikatakan tidak pandai menari sehingga menyebabkan Sajat terkilan, merajuk dan menangis, ketika menjalani penggambaran muzik video di luar negara.
"Masalahnya weolls tak suka Sajat," kata netizen yang berterus terang di ruangan komen.
"Takkan Dato' nak paksa hati dan akal orang lain untuk like lagu-lagu Dato'? Semua orang ada pilihan mereka tersendiri. Kenapa mesti nak heboh?" - Shariffah Alhabshee.
"Sebagai pendengar, kami ada hak nak suka atau tidak sesuatu lagu atau video klip. Masalah tak pernah datang dari kami pendengar-pendengar ini. Kami hanya mendengar dan jika kami tidak berminat akan sesuatu itu, perlu ke kami-kami ini dipersalahkan?
"Masalah semuanya datang dari pihak Dato' yang memilih Sajat sebagai rakan duet. Seperti sedia maklum, kami-kami ini tak berminat untuk mendengar lagu Dato' tu dirosakkan dek suara yang tak sedap didengar itu.
"Harap selepas ini Dato' tidak lagi letakkan salah pada pendengar-pendengar yang unlike video Dato' itu." - Syarifah Salwa
Demi memuaskan hati netizen, Dato' Aliff mengatakan dia telah membuat muzik video kedua untuk lagu tersebut hasil gandingannya bersama isterinya, Datin Nur Shahida.
"Demi memenuhi permintaan korang dan biar puas hati saya, saya buat versi lagi, Abang Nak Tegur Versi 2.0 dengan wife saya. Kena tengok ni.
"Walaupun video klip ini tak mewah, cuma dalam bilik saja, harap korang suka tau. Harap-harap tak ada yang terasa hati sebab susah nak menerima teguran. Berapa like korang nak kasi?"katanya.
Semakan di YouTube, muzik video versi kedua telah ditonton 820,303 kali dan menerima 128,623 likes berbanding 7,087 dislike dari pelayar laman berkenaan.
Sumber: Penmerahpress.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2CuKchh
via IFTTT
No comments:
Post a Comment